Kelas E-learning (Aplikasi typingclub.com), Advokasi E-sisa/E-waste

25 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2020, di atas permintaan peserta PI Sibuluh telah mengadakan sambungan kelas asas e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi typingclub.com. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi menaip. Aplikasi ini ada pelbagai latihan yang membolehkan peserta menaip dengan pantas dan dapat mengurangkan kesalahan semasa menaip. PI Sibuluh juga telah mengadakan kelas advokasi e-sisa atau e-waste iaitu peserta perlu tahu dan waspada terhadap bahan atau sisa elektronik.Kelas ini diadakan oleh Pn. Priscilla dan dihadiri seramai 4 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali